Isnin, 17 Februari 2014

Kimchi

Bagi peminat drama korea.. kimchi tidak asing pada mereka tapi apa itu kimchi? rasa dan khasiat kimchi masih ramai yang belum tahu. 



Hari nie kak yo nak cite pasal kimchi, terus terang kak yo cakap yang kak yo mula kenal kimchi pun melalui drama korea jugak "Winter Sonata" hahaha.. Bila tengok mereka makan dan respone mereka pada kimchi !! Buatkan kak yo rasa nak gi cari copstik besi jugak hehehe.... hebat penanggan drama korea. Kalau laa artis kita melakonkan babak respon pada sambal petai macam diorang dah tentu banyak carian "recepi sambal petai" di google kan dan bolehlah kita komersialkan sambal petai warisan kita hehehe....  berangan pulak kak yo nie.. 

Ok laaa kita balik pada cite kimci. Kimchi merupakan makanaan tradisi Korea, Kimchi yang difermentasikan yang diperbuat dari sayuran-sayuran yang segar. Kebiasaannya sayur yang digunakan seperti kobis cina, timun, lobak putih, bayan dan etc. Di Korea Selatan, hampir semua suri rumah tahu atau mahir membuat kimchi. 

Pada awalnya Kimchi dibuat oleh permaisuri dari Raja Sejong sebagai  hidangan masa perayaan. Lama kelamaan kimchi mula digemari dan dijadikan makanan musim sejuk. Setiap suri rumah akan mula membuat Kimchi pada musim dingin (Autumn) dan disimpan dalam tempayan kemudian diletakan dalam sungai. maklum la zaman dulu belum ada lagi peti ais. 



Kimchi merupakan makanan yang sangat menyihatkan disebabkab dibuat dari sayur-sayuran. Kimchi mengandung serat yang cukup tinggi, dan kaya akan vitamin A, thiamine(B1), riboflavin (B2),  kalsium, zat besi[5][6], dan bakteri asam laktat yang baik untuk pencernaan. Selain itu, Kimchi juga dapat mencegah terjadinya CANCER. Oleh sebab itulah Kimchi dinobatkan sebagai salah satu dari 5 makanan terbaik di dunia.

Kak yo memang suka sangat makan kimchi. Pada awalnya kak yo beli jer kimchi kat Tesco tapi tak puas makan. Pada suatu hari, kenal sorang kawan merupakan wna buat kimchi. Tiap kali kak yo buat kimchi tak jadi atau rosak ... kak yo akan cari Ms Sharga korea yang menetap di KL. Shenn name dia. Apa lagi kak yo... kak yo bodek lah ms Shenn minta dia ajarkan macam maenn!! Ms Shenn hanya ketawa saja... maklumla nak cakap lebih2 dia pun tak pandai!!! dia ajar lagi kak yo sampai kak yo pandai. hehehe "Thanks Ms Shenn" jadi nie lah hasil tangan kak yo .. boleh la kan!!! Sesiapa yang berminat bolehlah tempah gan kak yo... murah jer kak yo jual. hehehe.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan